assalamualaikum wbt..........

Thursday, April 29, 2010

ini adalah sebahagian daripada kajian sarjana muda yg say perolehi untuk dikongsikan dalam entri kali ini...mudaha2han dpt manfaat bg yg membaca...

SASTERA ISLAM SEBAGAI WASILAH DAKWAH ISLAMIYYAH
Dalam perkembangan dakwah agama Islam pelbagai kaedah serta metod yang telah diaplikasikan bagi menyebarkan syiar Islam serta menyeru manusia kembali kepada ajaran yang sebenarnya.
Ini dapat dilihat dalam sejarah perkembangan dakwah Rasulullah sendiri dalam menjalankan tugasnya sebagai utusan Allah SWT dalam menyeru masyarakat pada ketika itu yang berada dalam kejahilan agar kembali kepada kehidupan yang berteraskan tauhid sebagai ajaran dan menjadikan masyarakat lebih bertamadun.
Seperti yang telah dinyatkan sebelum ini, Al-quran yang diturunkan oleh allah kepada baginda merupakan satu hasil karya sastera yang sangat agung. Ini lah yang menjadi sumber kepada dakwah baginda kepada masyarakat arab ketika itu. Ketinggian bahasa yang terdapat dalam al-quran telah lterna menarik hati masyarakat arab mengenal serta mempelajari ajaran Islam sebagaimana yang diajarkan oleh Al-quran.
Jika dilihat pada zaman itu, masyarakat arab memang terkenal dengan kehebatan penyair-penyair mereka dan akhirnya apabila turunnya Al-Quran telah membawa satu transformasi dalam dunia peradaban arab pada ketika itu. Kebanyakan syair-syair yang dihasilkan sebelum kedatangan Islam adalah bertemakan khayalan semata-mata dan banyak memperkatakan tentang cinta yang melalaikan serta memuji-muji wanita.
Namun begitu selepas kedatangan Islam bersama mukjizat Al-Quran telah mengubah bentuk-bentuk syair yang ada yang lebih banyak menampilkan ltern dakwah kepada masyarakat dan ini dibuktikan sendiri pada zaman baginda Rasulullah SAW terdapat penyair-penyair Islam yang hebat memggunakan kepakaran mereka dalam berbahasa bagi tujuan dakwah. Usaha ini telah bermula sejak dari zaman Rasulullah SAW dan zaman Khulafa’ Al-Rasyidin kemudian terus disambung di zaman Umayyah, Abbasiyyah, Andalus dan Uthmaniah.

Jika dilihat pada zaman Rasulullah menyampaikan ajaran dakwah kepada masyarakat arab ketika itu, puak Quraisy telah menggunakan penyair-penyair yang jahat untuk menjatuhkan baginda. Di sini dilihat peranan sastera Islam sebagai menentang syair-syair palsu itu. Syair harus ditentang dengan syair juga.
Maka muncullah beberapa penulis yang sedia berkhidmat kepada nabi untuk menghentam kembali apa yang ditohmahkan oleh penyair jahat itu. Antaranya yang terkenal ialah Hassan bin Thabit, Labis ibn Salam, Al- Nabighah Al- Jukda, Al- Khatiah ibn Salam dan Abdullah ibn Al-Rawahah.
Di dalam hadith-hadit yang lain baginda ada bersabda, “Sesungguhnya puisi itu mengandungi kata-kata hikmat. Sabdanya lagi, “Syair adalah kata-kata yang disusun. Apa yang bertepatan dengan kebenaran maka ia adalah kebaikan dan apa yang tidak bertepatan denagn kebenaran pun tidaklah terdapat kebenaran.
Kini perjuangan melalui karya-karya ini masih lagi diteruskan dan makin mendapat tempat dikalangan penulis-penulis dalam usaha mereka membuka minda masyarakat yang ada. Menjadikan karya sastera sebagai medium dakwah Islam adalah melalui keindahan bahasa yang ada di dalamnya. Dato’ Nik Abdul Aziz dalam satu temubual menyatakan pendapat beliau sendiri mengenai peranan sastera Islam sebagai medium dakwah, menurut beliau sastera sebenarnya satu usaha untuk mengembangkan bakat. Ia berkait rapat dengan menncari keindahan atau kecantikan dalam hidup, sama ada dari sudut kata-kata, ukiran dan sebagainya. Semuanya berorientasikan kepada keindahan dan kecantikan.
Beliau juga berpendapat bahawa sastera sebagai agen dakwah adalah betepatan keana keindahan bahasa yang ada selaras dengan sifat Allah yang cantik dan suka pada perkara yang cantik. Ia dapat dilihat dalam kandungan Al-quran yang penuh keindahan bahsa dalam menyampaikn mesej-mesejnya.
Sebenarnya dalam konteks menyampaikan dakwah ini masih lagi ramai yang menganggap bahawa dakwah hanya boleh dilakukan denan kaedah lisan melalui khutbah, pembelajaran dan sebagainya. Talib Samat dalam bukunya Berjihad Menerusi Tulisan , penulisan sebenarnya lebih merupakan suatu perjuangan, peperangan, pertarungan fikiran dan jihad untuk menegakkan kebenaran dan menghancurkan kepalsuan dan ketidakadilan yang bertapak di muka bumi ini
Dalam memperbahaskan isu ini kita melihat bagaimana sastera Islam ini berperanan dalam menyampaikan mesej dakwah dalam usaha mengislahkan masyarakat. Sastera Islam dan sufi berperanan untuk mengajak pemmbaca dan masyarakat bertaqwa dan berdakwah sesuai dengan konsep “amar makruf nahi munkar”. Sastera Islam dan sufi berfungsi sebagai bahan penulisan yang bertanggungjawab untuk membina akhlak ummat dengan cara memberi panduan, bimbingan, nasihat serta teguran sejajar dengan ajaran Al-Quran dan Al-Hadith.
Sastera Islam yang terdapat dalam bentuk hikayat juga harus dimanfaatkan sebagai wahana untuk menimbulkan semangat jihad dan memperjuangkan kebenaran dan untuk memenuhi tanggungjawab sasterwan muslim untuk beribadat dan mempunyai tujuan kearah keagamaan dan pembentukan muslim sejati.
Faisal Tehrani dalam artikel yang dikeluarkannya, ‘Sasterawan Tentera- Posisi baru perjuangan penulis Islam’ ada menyatakan karya Sastera /Islam pernah berperanan sebagai anak panah dan sebagai mata pedang yang tajam maka hari ini ia harus dikembalikan semula sebagai satu peluru berpandu, satu bom atom, satu senjat nuklear yang dapat meledakkan musuh.
Hakikat ini telah ditunjukkan dalam sejarah menerusi syair-syair Hasan bin Thabit. Malah karya kalsik seperti Hikayat Prang Peuringgi, Hikayat Perang Kompeni dan Hikayat Perang Sabi di rantau ini menunjukkan bahawa sastera boleh menjadi senjata jihad yang amat berkesan menentang musuh Islam.
Melihat kepada serangan-serangan yang dihadapi oleh ummat Islam hari ini beliau juga menyeru agar sasterawan harus melaksanakan tanggungjawab mereka. Meminjam saranan “Ain Najaf dalam Qiyadatul Ulama wal Ummah tugas sastera Islam dapat digariskan kepada enam perkara.
Sastera Islam akan memliki pertamanya tugas intelektual (al-amal al-fikri) iaitu menyediakan kemahiran ilmu dunia dan perkembangan pemikiran. Keduanya sastera bertugas membawa semula kepada akidah, takwa dan aspek kehidupan yang lain (marja’). Ia juga mendukung tugas berinteraksi ummah (al-ittishal bil ummah) di mana sastera Islam tidak harus terkurung di dalam satu lingkungan tertentu sahaja dan harus dapat mencapai masyarakat secara dekat.
Sastera Islam seterusnya memiliki tugas menegakkan syiar Islam selain mempertahankan hak-hak ummah dan bertugas sebagai satera-gempur melawan musuh dengan pena dan lidah.

0 ulasan:

Post a Comment