Assalamualaikum……
Rasanyer da lama saya tak menulis di ruangan ini….banyak perkara yang perlu diselesaikan bagi mengakhiri taklif sebagai mahasiswa sarjan muda sebuah university…..
Sesekali bila direnungkan kemabli masa lampau banyak perkara yang boleh dijadikan sebagai iktibar dan pengajaran untuk semua….
Tapi inilah kita sebagai ummat Islam hari ini…..kita tidak pernah belajar dari pengalaman..kita tidak pernah cuba meneroka kejayaan sejaraj dahulu…kita asyik memperkatakan tentang masa depan yang penuh imiginasi….masih terapung kerana pengaruh yang dibwa oleh manusia jahanam yang sememangnya ingin menjatuhkan ummat Islam hari ini….
Saya bukanlah orang yang arif dalam menilai hidup manusia…namun amanah sebagai khalifah yang membawa seruan agama dan menjunjung sunnah Rasulullah mendorong saya untuk sama memperbaiki diri dan sesame manusia.
Firman Allah SWT yng bermaksud
1.  Demi masa.
2.  Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
3.  Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.


Inilah juga yang telah dilakukan oleh seekor burung semasa ia cuba memadamkan api yang sedang membakar NAbi Allah Ibrahim AS denagn air yang diambil menggunakan paruhnya......lalu haiwan2 lain mempersoalkan tindakannya dan memperkecilkan usahanya itu......
Burung pun menjawab,sesungguhnya bila sampai hari pembalasan nanti aku ada jawapn nk ku bawa pabila aku ditanya pa yang aku lakukan ketika Nabi Ibrahim di bakar bila aku menghadap Allah di akhirat kelak.
Saudara2 ku……….
Begitulah kita juga hendaknya..biarpun sedikit tp insya Allah dengan usaha yang sedikit itulah akan dapat membantu kita di akhirat kelak..ingtlah firman Allah di dalam Al-Quran..:maksudnya:

7.  Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.
8.  Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.

Mudah-mudahan apa yang cuba sya nukilkan disini boleh menjadikan iktibar buat diri saya dan yang membaca ruangna inisemoga usaha yang kecil ini akan mendapat nilaian di cc Allah SWT.
Wallahu Alam.


0 ulasan:

Post a Comment